Quantcast
Channel: Adieyza
Viewing all articles
Browse latest Browse all 121

Bulan Baru Semangat Baru

$
0
0
Bulan baru.. Semangat baru.. Target baru.. selalunya memang bulan baru semangat memang berkobar-kobar.. lagi2 bila dah join business Shaklee.. tak sabar nak tau promosi apa setiap bulan.. so awal pagi akan bersemangat masuk sistem Shaklee nak tau promosi.. lagipun bila bulan ni sebenarnya otak kita akan set macam2 plan sepanjang bulan tu.. so masa awal bulan ni memang sesuai kita buat target yang kita nak capai sepanjang bulan tu..


Lagi bertambah baik mood awal bulan ni bila nampak gambar apam comel2 ni.. bukan jer nampak comel, tapi rasa pun sedap.. kak long aku order apam polkadot yang dah ditukar kepada apam comel2 ni dengan kawan dia.. makan masa kenduri kesyukuran, doa selamat, tahlil dan majlis sambut bulan Ramadhan yang dibuat minggu lepas..

Apa plan bulan baru ni? Macam2 dah ada banyak sangat aktivit nak dibuat.. tak sabar nak menempuhi bulan Jun yang sangat dinanti sebab nak puasa dah.. tahun ke-6 menyambut puasa sebagai seorang isteri.. perancangan dan jadual untuk bersahur dan berbuka dah teratur.. tak macam tahun pertama kahwin.. hehehe..

Bulan ni jugak aku berharap banyak berita2 gembira yang aku akan dengar dan dapat.. tak kisah la berita tentang kerjaya, kehidupan, keluarga, business Shaklee atau apa sahaja.. dan semoga berita2 gembira tu dapat dokongsi bersama orang sekeliling aku..

Selamat bulan Jun 2015.. semoga kehidupan kita semua pada bulan Jun 2015 lebih baik daripada bulan-bulan sebelumnya.. 

Photobucket

Viewing all articles
Browse latest Browse all 121

Trending Articles