Quantcast
Channel: Adieyza
Viewing all articles
Browse latest Browse all 121

Salam Ramadhan

$
0
0
Salam Ramadhan... Salam Ramadhan buat semua umat Islam yang akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan tahun ni.. InsyaAllah lagi 2 hari umat Islam akan menyambut bulan yang mulia, bulan Ramadhan.. bulan yang dinantikan kerana terlalu banyak pahala yang Allah janjikan untuk mereka yang berpuasa di siang hari dan beribadah di malam hari.. bulan yang dinanti kerana amalan kebaikan dan sedekah/amal jariah dilipat gandakan ganjarannya..

Salam Ramadhan 2014


Tahun ni adalah tahun kelima menyambut Ramadhan sebagai isteri.. menaip entry ni dengan perasaan yang bercampur baur.. gembira menanti kedatangan Ramadhan dan dalam masa yang sama berharap agar Ramadhan kali ni mengizinkan aku & suami berpuasa dengan kehadiran zuriat kami sendiri.. 


4 tahun berpuasa berdua.. tahun pertama masih 2 minggu selepas berkahwin.. masuk tahun kedua, kawan lain yang kahwin sekali dah ada yang mempunyai zuriat.. tahun ketiga, orang yang kahwin setahun selepas kami sudah mula menyambut puasa dengan zuriat masing2 namun kami masih berdua & tahun keempat juga kami masih berpuasa berdua.. perasaan yang agak sukar untuk diluah.. hanya mereka yang pernah mengalaminya akan faham..  


Aku cuma berharap ada berita gembira untuk kami pada bulan mulia ini.. berkat bulan Ramadhan mungkin masanya telah tiba untuk kami.. jika masih belum menjadi milik kami, kami mengharapkan agar Ramadhan kali ni akan tetap menjadikan kami suami isteri lebih berusaha mendekat diri kepada Allah Yang Maha Esa.. 

Ya Allah, izinkanlah kami semua bertemu Ramadhan tahun ini.. panjangkanlah umur kami untuk kami dapat beribadat dengan lebih baik daripada sebelumnya sepanjang Ramadhan ini.. kuatkan fizikal kami dalam menjalani ibadah puasa ini.. kuatkan keimanan dan kesabaran kami dalam menghadapi segala ujian di bulan Ramadhan ini Ya Allah..

Selamat menyambut bulan Ramadhan untuk semua pengunjung adieyza.blogspot :)

Photobucket

Viewing all articles
Browse latest Browse all 121

Trending Articles