Alhamdulillah.. tahun ni berpeluang untuk menikmati hadiah percutian bertaraf 5 bintang di Palace of Golden Horses, Seri Kembangan Selangor.. semuanya percuma! tajaan sepenuhnya oleh business part time tersayang, Shaklee!
Masa daftar aku memang tak sempat nak ambik gambar.. dah la sampai sorang2 kan.. nak mintak orang ambik gambar masing2 bz.. pengajaran, lepas ni selfie sendiri jer zana.. hahahaha...
Lepas selesai daftar terus makan.. again, tak ada gambar makanan sebab masa tu aku makan satay jer.. hahaha.. sebab perut kenyang lagi dan waktu tu pulak aku memang tak berapa sihat.. memang ambik risiko sendiri dengan tak berapa sihat tapi still nak join event National Conference tu.. yerlah, free trip daripada Shaklee.. siapa yang tak nak kan..
Sampai bilik, "wahhhhhhhhhhhh, cantik"... English style.. memang konsep bilik yang aku suka.. katil, meja, almari semua warna putih.. bukak pintu sliding door nampak pemandangan cantik... seronoknya..
Masuk bilik air nampak ada bathub.. ni kalau honeymoon lagi sesuai ni.. eh? hahaha... tapi memang bilik air luas.. shower ada, bathub ada.. sinki pun luas.. cermin besar.. bersih.. so, tak ada nak merungut pun.. lagipun free kan.. kalau bayar sendiri tak taulah.. hahahaha..
Sebelum mulakan aktiviti petang tu, bergambar dulu.. dapat kenal beberapa orang kawan baru yang memang sporting.. seronok sangat.. lepas tu bergambar ramai2.. masa ni memang happy la sebab dapat berada bersama ramai orang2 yang berjaya dalam business ni.. semua pakai baju hijau... tenang jer... Shaklee semulajadi, logo pun warna hijau, tu yang baju pun warna hijau..
Nanti kita update aktiviti sepanjang 3 hari 2 malam untuk Shaklee National Conference ni yer.. ternyata, memang seronok dan berbaloi2 dapat join.. kena usaha lebih lagi supaya tahun depan ada rezeki boleh join lagi trip percuma dengan Shaklee ni..
p/s: Hotel ni memang tenang yer.. suasana sunyi.. dekorasi bilik cantik.. jauh dari kesibukan bandar.. tepi tasik.. banyak pokok2 hijau.. tenang.. damai..